Kata Keterangan
1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.
2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:
(a) Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi)
(b) Sayur‑sayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.)
3. Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenisjenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini.
Contoh
cara / gaya | begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena, | 1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh. 2. Munah pergi ke pasar dengan bas. |
Masa / waktu | akan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam | 1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang. 2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya. |
Nafi | bukan, tidak, kecuali | 1. Orang itu tidak tinggal di sini. 2. Anak kecil ini bukan anaknya. |
Tanya | mengapa, bagaimana, bila | 1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ? 2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ? |
tidak tentu /ragam | mungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu | 1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya. 2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang. |
Darjah / kata penguat | amat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau | 1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya. 2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu. |
Aspek | belum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali | 1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi. 2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung. |
Jenis Kata Keterangan | Penggunaan dan Contohnya | ayat Contoh |
Kata Keterangan Cara | untuk menerangkan cara Contoh: begini, begitu, betapa, demikian, dan sebagainya | 1. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya ibu melihat kejayaan abang. 2. Janganlah bercakap begitu kepada anak-anak. |
Kata Keterangan Bantu | untuk menerangkan sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan Contoh: akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar, dan sebagainya | 1. Adik belum tidur walau hari sudah larut malam. 2. Abang masih menuntut di Universiti Malaysia Sarawak. |
Kata Keterangan Masa | untuk menerangkan masa Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam, lusa, kadang-kadang, masih, pernah, sedang, sebentar, sejurus, selalu, seketika sentiasa, sudah, dan sebagainya | 1. Saya harus pergi sekarang. 2. Encik Gan akan bertolak esok. |
Kata Keterangan Tanya | untuk menerangkan cara, keadaan, masa, dan sebab Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya | 1. Bilakah majlis perkahwinan itu akan diadakan? 2. Bagaimanakah cara membuat kuih itu? 3. Mengapakah ayah lambat pulang? |
Kata Keterangan Darjah | untuk menerangkan darjah kata adjektif Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, dan sebagainya | 1. Kelakuan budak itu agak ganjil. 2. Sedap betul masakan di restoran itu. 3. Menara Kembar Petronas adalah bangunan yang paling tinggi di Malaysia. |
Kata Keterangan Nafi | untuk menafikan atau menyangkal Contoh: bukan, tak, atau tidak | 1. Dia bukan orang kampung itu. 2. Teksi itu tidak bergerak sejak semalam. |
Kata Keterangan Tak Tentu | untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin, dan sebagainya | 1. Hingga kini rombongan itu belum tiba, entah-entah tersesat. 2. Pengemis itu barangkali telah ditangkap oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. |
kata Keterangan Penegas | untuk menyatakan penegasan Contoh: hanya, jua | Dia hanya membeli sebuku roti. |
Kata Keterangan Kekerapan | untuk menyatakan kekerapan berlakunya peristiwa Contoh: sering, selalu, dan sebagainya | 1. Dia selalu berkunjung ke rumah neneknya. 2. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu. |
Kata Keterangan Umum | untuk menyatakan sesuatu secara umum Contoh: nyaris, langsung | Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya. |
No comments:
Post a Comment