MENGALU-ALUKAN

Thursday, 29 September 2011

Terdapat pelbagai jenis perisian sokongan yang boleh di muat turun atau digunakan secara percuma bagi membantu para guru dan murid dalam mempelbagaikan aktiviti P&P. Selain dari mudah, menjimatkan masa, dan menarik, ianya turut dapat meningkatkan produktiviti kerja. Namun, mengapakah para guru masih menidakkan kewujudan dan kelebihan-kelebihan perisian sokongan ini? Apakah faktor penyebab dan apakah kekangan yang dihadapi?

Salam 1 Malaysia..
Tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai perisian mahupun kemudahan ICT yang dapat kita gunakan dalam membantu kita menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Semua kemudahan ini dapat membantu kita menjimatkan masa mahupun amat menarik perhatian bagi anak murid kita. Namun demikian terdapat pelbagai faktor atau kekangan yang tidak dapat kita elakkan. Di sini ingin saya nyatakan antara beberapa faktor kekangan yang dapat saya nyatakan. Antaranya ialah:
1. Masa.
Apa yang dapat saya katakan mengenai masa ialah masalah kekurangan masa bagi guru-guru untuk mengexplore pelbagai perisian ini kerana pelbagai kerja mahupun perkara yang kita sebagai guru laksanakan. Apabila pulang ke rumah maka masa kita banyak dihabiskan bagi menguruskan  keluarga. Bagi satu-satu perisian atau bahan, kita harus mengkaji dah melihat segala yang terdapat di dalam perisian tersebut bagi memastikan kita menguasai perisian tersebut sebelum kita mengaplikasikan dalan P&P. Jelas di sini masa kita banyak di habiskan untuk melakukan perkara lain maka akan timbul perasaan dengan menggunakan kaedah biasa lebih mudah kerana kita tidak perlu menghabiskan masa untuk mendalami keupayaan sesuatu perisian.
2. Keupayaan Internet.
Di sini jelas kita melihat kekadang masalah capaian intenet yang terlalu lemah atau masalah bagi guru yang tinggal di kawasan pedalaman yang mana keupayaan atau capaian internet ini terlalu lemah maka akan menyukarkan guru tersebut untuk mendalami sesuatu perisian tersebut. Kadang-kadang guru akan cepat melenting di sebabkan masalah capaian internet yang lemah semasa proses muat turun maka akan menyebabkan guru tersebut bosan dan akhirnya kembali kepada kaedah biasa tanpa sebarang perisian yang amat membantu dan kembalilah kita terhadap kaedah 'chalk n talk'.
3. 'Saya tidak pandai'
'Saya tidak pandai' selalu ungkapan ini kita dengar daripada guru-guru apabila kita tekankan kaedah penggunaan ICT dalam proses P&P. Ini kerana terdapat segelintir guru-guru yang merasakan amat sukar menggunakan pelbagai perisian yang membantu kita dalam pengajaran yang kita laksanakan. Bagi mereka benda ini susah jika di bandingkan dengan kaedah biasa yang kita laksanakan.
4. Memudahkan diri.
Apa yang ingin saya katakan mengenai faktor memudahkan diri ialah, guru merasakan kenapa hendak bersusah payah menggunakan segala perisian sedangkan semua kaedah biasa yang mereka gunakan selama ini telah terbukti berkesan dengan pencapaian anak murid kita. Jadi mereka merasakan kenapa hendak bersusah payah membawa komputer riba atau pelbagai bahan ICT yang lain masuk ke kelas bagi mengaplikasikan perisian ini sedangkan mereka telah berjaya dengan kaedah kuno yang telah lama mereka gunakan berkesan.
5. Faktor dalaman diri.
Faktor ini menekankan dalaman diri kita sendiri yang mana jika kita tidak mahu menggunakan pelbagai kaedah baru sebaliknya selesa menggunakan kaedah biasa. Jadi perlu kita ubahkan prinsip dalaman diri kita dalam menggunakan pelbagai kaedah perisian ini yang amat membantu kita dalam pengajaran dan pembelajaran yang kita laksanakan.
Ini antara faktor-faktor atau kekangan yang dapat saya nyatakan. Yang penting kesedian kita merubah diri selaras dengan perubahan yang selari dengan peredaran semasa.

No comments:

Post a Comment