MENGALU-ALUKAN

Friday 30 September 2011


Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

Thursday 29 September 2011

Terdapat pelbagai jenis perisian sokongan yang boleh di muat turun atau digunakan secara percuma bagi membantu para guru dan murid dalam mempelbagaikan aktiviti P&P. Selain dari mudah, menjimatkan masa, dan menarik, ianya turut dapat meningkatkan produktiviti kerja. Namun, mengapakah para guru masih menidakkan kewujudan dan kelebihan-kelebihan perisian sokongan ini? Apakah faktor penyebab dan apakah kekangan yang dihadapi?

Salam 1 Malaysia..
Tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai perisian mahupun kemudahan ICT yang dapat kita gunakan dalam membantu kita menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Semua kemudahan ini dapat membantu kita menjimatkan masa mahupun amat menarik perhatian bagi anak murid kita. Namun demikian terdapat pelbagai faktor atau kekangan yang tidak dapat kita elakkan. Di sini ingin saya nyatakan antara beberapa faktor kekangan yang dapat saya nyatakan. Antaranya ialah:
1. Masa.
Apa yang dapat saya katakan mengenai masa ialah masalah kekurangan masa bagi guru-guru untuk mengexplore pelbagai perisian ini kerana pelbagai kerja mahupun perkara yang kita sebagai guru laksanakan. Apabila pulang ke rumah maka masa kita banyak dihabiskan bagi menguruskan  keluarga. Bagi satu-satu perisian atau bahan, kita harus mengkaji dah melihat segala yang terdapat di dalam perisian tersebut bagi memastikan kita menguasai perisian tersebut sebelum kita mengaplikasikan dalan P&P. Jelas di sini masa kita banyak di habiskan untuk melakukan perkara lain maka akan timbul perasaan dengan menggunakan kaedah biasa lebih mudah kerana kita tidak perlu menghabiskan masa untuk mendalami keupayaan sesuatu perisian.
2. Keupayaan Internet.
Di sini jelas kita melihat kekadang masalah capaian intenet yang terlalu lemah atau masalah bagi guru yang tinggal di kawasan pedalaman yang mana keupayaan atau capaian internet ini terlalu lemah maka akan menyukarkan guru tersebut untuk mendalami sesuatu perisian tersebut. Kadang-kadang guru akan cepat melenting di sebabkan masalah capaian internet yang lemah semasa proses muat turun maka akan menyebabkan guru tersebut bosan dan akhirnya kembali kepada kaedah biasa tanpa sebarang perisian yang amat membantu dan kembalilah kita terhadap kaedah 'chalk n talk'.
3. 'Saya tidak pandai'
'Saya tidak pandai' selalu ungkapan ini kita dengar daripada guru-guru apabila kita tekankan kaedah penggunaan ICT dalam proses P&P. Ini kerana terdapat segelintir guru-guru yang merasakan amat sukar menggunakan pelbagai perisian yang membantu kita dalam pengajaran yang kita laksanakan. Bagi mereka benda ini susah jika di bandingkan dengan kaedah biasa yang kita laksanakan.
4. Memudahkan diri.
Apa yang ingin saya katakan mengenai faktor memudahkan diri ialah, guru merasakan kenapa hendak bersusah payah menggunakan segala perisian sedangkan semua kaedah biasa yang mereka gunakan selama ini telah terbukti berkesan dengan pencapaian anak murid kita. Jadi mereka merasakan kenapa hendak bersusah payah membawa komputer riba atau pelbagai bahan ICT yang lain masuk ke kelas bagi mengaplikasikan perisian ini sedangkan mereka telah berjaya dengan kaedah kuno yang telah lama mereka gunakan berkesan.
5. Faktor dalaman diri.
Faktor ini menekankan dalaman diri kita sendiri yang mana jika kita tidak mahu menggunakan pelbagai kaedah baru sebaliknya selesa menggunakan kaedah biasa. Jadi perlu kita ubahkan prinsip dalaman diri kita dalam menggunakan pelbagai kaedah perisian ini yang amat membantu kita dalam pengajaran dan pembelajaran yang kita laksanakan.
Ini antara faktor-faktor atau kekangan yang dapat saya nyatakan. Yang penting kesedian kita merubah diri selaras dengan perubahan yang selari dengan peredaran semasa.

Wednesday 28 September 2011

P&P

KEMAHIRAN ASAS DALAM PENGAJARAN MIKRO

A) Permulaan Pengajaran

Kemahiran    permulaan     pengajaran    adalah    penting    dalam    sesi    pengajaran    dan pembelajaran.  Permulaan ialah  kemahiran  menyediakan  atau  meletakkan  idea-idea kepada  pelajar-pelajar.  Untuk  melakukannya pengajar  mesti membentangkan ciri-ciri topik  yang akan diajar,  atau menyematkannya di dalam fikiran pelajar-pelajar untuk menggerak  pemikiran  da merangsangka mereka,  dan  mencantumkan  kandungan pengajaran dengan pengetahuan yang sedia  ada pada pelajar-pelajar. Terdapat empat komponen utama yang sering dilakukan dalam  kemahiran permulaan pengajaran, iaitu:
1.         menarik perhatian
2.         membangkitkan pemikiran
3.         menstruktur kandungan dan
4.         membuat cantuman pengajaran

B) Variasi

Variasi bermakna pengajar menggunakan berbagai aktiviti untuk mengekalkan perhatian pelajar. Lima komponen kemahiran ini ialah:

a.         Gestur: Ini ialah gerakan-gerakan badan, tangan, kepala yang memberi makna kepada  perkara-perkara yang disebutkan atau ditekankan. Contoh-contohnya ialah menunjukkan, menganggukkan kepala, atau menggoyangkan kepala.

b.         Pola percakapan: Dalam perbualan biasa, kita mengubah pola percakapan kita, dengan  mengubah  kekuatan  suara,  kadar  penyampaian  dan  kelangsingan (pitch). Dalam sesi pengajaran, kita harus membuat merubah pola percakapan untuk mengelakkan pelajar-pelajar menjadi bosan dan mengantuk.

c.         Penggunaan berbagai deria: Variasi kepada penggunaan deria diperlukan oleh pelaja bag memastikan  merekamengikuti  pengajaran.  Ini  adalah  bagi mengekalkan minat pelajar. Ini boleh melibatkan penggunaan gambar-gambar (penglihatan), benda-benda untuk dipegang (sentuh) dan lain-lain.

d.         Saling tindakan dengan pelajar: Salingtindakan dengan pelajar-pelajar ialah satu  cir penting  dalam  pendidikan.  Tanpa  saling  tindakan  kita  boleh mempersoalkan sama ada sesuatu pendidikan sedang berlaku atau sebaliknya. Saling  tindakan  boleh  berlaku  dala bentuk  perbualan  seperti  melalui penyoalan, atau melalui aktiviti seperti pelajar menggunakan alat komunikasi.

e.         Gerakan Pengaja yan bai jarang-jaran duduk.   Geraka pengajar, bersilang  dihadapan bilik atau berada di tengah-tengah kedudukan pelajar, membantu pelajar supaya sentiasa cergas dan bersama-sama itu membolehkan anda mengesan (monitor) atau mengetahui dengan lebih baik saling tindakan pelajar.



1



C) Menjelas Dengan Contoh

Contoh-contoh  sering  digunakan  dalam  penjelasan  dan  contoh  lebih  menyenangkan pelajar memahami satu idea atau konsep. Contoh-contoh yang terbaik mengaitkan benda- benda yang telah diketahui oleh pelajar, sama ada pembelajaran yang lalu atau yang lebih baik lagi daripada pengalaman yang mereka lalui atau ketahui. Ini termasuk benda-benda yang telah diketahui oleh pelajar. Ciri-ciri contoh yang baik ialah:

a.         Ringkasan
Satu contoh ringkas  ialah contoh yang  mudah difahami,  jelas  dan dikaitkan kepada pengalaman pelajar-pelajar itu sendiri.

b.         Relevan
Pemilihan contoh adalah sepadan dengan konsep yang hendak diterangkan. I adalah satu contoh yang sesuai dengan peraturan atau konsep yang hendak diajar.

c.         Menarik hati
Satu contoh yang menarik hati ialah contoh yang membangkitkan ingin tahu atau minat pelajar-pelajar.

d.         Penggunaan perlbagai media
Penggunaan media (bukan hanya filem, slaid, pita dan seterusnya, tetapi termasuk rajah, radas, benda dan lain-lain) sebagai alat penerangan boleh mengeluarkan banyak faedah,
tetapi  media  yang  dipilih  mestilah  sesuai  dengan  keadaan  dan  boleh  difahami  oleh pelajar-pelajar Penggunaan  bahan  multimedia  dan  juga  internet  sangat  membantu
pengajar dalam memberikan contoh yang mudah dan menarik.

e.         Penyertaan pelajar
Penyertaan pelajar dalam memberikan contoh-contoh     bertujuan untuk pelajar-pelajar
memahami konsep yang dipelajari dan membolehkan pengajar mengesan pemahaman mereka. Penyertaan pelajar adalah berbagai bentuk bermula  daripada dipanggil ke papan hitam putih hingga ke rangsangan-rangsangan lisan serta soalan-soalan yang memerlukan pelajar memberi contoh yang berkaitan.

D) Peneguhan

Peneguhan merujuk kepada tindakan-tindakan pengajar     menggalakkan pelajar-pelajar mengubah tingkahlaku  mereka kepada satu  yang positif.  Kita  haruslah  mengelakkan peneguhan yang berbentuk negatif, seperti mengatakan kepada seorang pelajar, kamu ini bodoh sangatatau perkataan-perkataan lain yang sama ertinya.

Kita akan tumpukan perhatian kepada tiga komposisi kemahiran peneguhan positif iaitu:

a.         Peneguhan berbahasa: Peneguhan berbahasa diberikan kepada pelajar-pelajar bila guru mengatakan seperti, Bagus, Ya”, Betul” dan sebagainya.



2



b.         Peneguhan  gesture:  Ini  ialah  penggunaan  gerakan-gerakan  badan  tertentu untuk  perlaku   sebagai  tanda-tanda  penggalakkan  kepada  pelajar-pelajar. Contohnya adalah seperti menunjukkan persetujuan dengan menganggukkan kepala, senyuman, atau melahirkan air muka manis, yang lain.

c.         Peneguhan  beraktiviti:  Peneguhan  jenis  ini  diberi  apabila  guru  memberi pelajar-pelajar          satu                           pekerjaan               yang    mereka    gemari,    selepas    bekerja menyempurnakan aktiviti yang kurang enak, atau sesuatu yang mudah seperti rehat lima minit.

E) Pengesanan (Monitoring)

Pengesanan ialah satu kemahiran yang amat penting kepada pengajar. Ia merupakan satu tinjauan terus-menerus mengenai keadaan bilik darjah, semasa mengajar dengan tujuan untuk menentukan  sejauhmana pembelajaran itu berjaya. Tujuannya  juga ialah untuk mengubahsuaikan pengajaran supaya  kejayaan pelajar terjamin. Pengesanan ialah satu kemahiran menggunakan maklumat  balik  pelajar.  Maklumat  balik  ini datang dengan berbaga cara.                      Contohnya,         semasa    mengajar      anda   melihat    ramai    pelajar    yang menunjukkan  muka bingung. Ini boleh diambil sebagai satu tanda bahawa sesuatu yang dicakapkan tidak difahami. Ini juga boleh dilihat apabila pelajar terbaik anda pun sukar menjawab, soalan yang anda beri. Ini mungkin bermakna sama ada soalan itu tidak disebut  dengan baik atau terlalu sukar atau pun konsep-konsep yang di perlukan untuk menjawab soalan tidak  diterangkan lebih dahulu dengan jelas. Pengesanan boleh juga dibuat masa pengajar bergerak di sana sini supaya lebih mendekati pelajar-pelajar untuk mengukur  saling  tindakan  mereka  atau  dalam  ha pekerjaan  bertulis  yang  telah diserahkan, memperlihatka kemajuanmengenal            masalah-masala dan      memberi pertolongan.

F) Penyoalan

Teknik-teknik asas mengemukakan soalan ialah:

1.         Hentian sebentar
Kajian telah menunjukkan kebanyakan pengajar memberikan 1 saat dan kadang-kadang kurang daripada  1 saat untuk: (a) menjemput seorang pelajar menjawab. (b) menjawab soalannya           sendir atau   (a)        menyoa soalan         yang                 lain. Pelajar-pelajar        biasanya memerlukan masa untuk membentuk satu jawapan kepada satu soalan sebelum mereka boleh menjawab.  Gerak balas-gerak balas pelajar adalah lebih panjang dan kualitinya lebih baik jika seorang  pengajar berhenti sebentar sebelum meminta satu jawapan.  Satu tempoh masa yang berpatutan ialah 5 saat.

2.         Mengendalikan gerakbalas yang salah
Pelajar akan merasa lemah dan tidak bersemangat jika pengajar tersebut mendenda atau
menengur  secara  kasar  jawapan  yang  salah.  Contoh  gerakbalas-gerakbalas  negatif termasuklah:



3


a.         Guru menunjuk-nunjukkan kemahirannya. b.    Guru menyindir pelajar.
c.         Tanda-tanda kemarahan guru tanpa berbahasa. Contoh:  muka  masam atau mencebik pelajar.
d.         Membetulkan pelajar dengan suara yang bengis atau sebarang tingkahlaku yang menunjukkan kemarahan.

Pengajar harus menolong pelajar membetulkan satu gerakbalas yang tidak sesuai dengan cara yang  menggalakan. Ini boleh dibuat dengan dorongan atau menyebutkan semula soalan dengan cara yang lain.

3.         Dorongan
Dorongan ialah cara pengajar memberi satu tanda atau satu soalan pertengahan kepada pelajar  yang  memberi  jawapan  lemah,  atau  berkata  saya  tidak  tahu.  Tujuan  satu dorongan  ialah untuk  menggalakkan pelajar  memberi  jawapan  yang  lebih  baik  atau menolong dia memberi satu jawapan.

4.         Meminta Penjelasan Lanjut
Ini ialah satu teknik untuk membolehkan seroang pelajar memperbaiki jawapan yang tidak  jelas  atau  tidak  lengkap.  Beberapa  soalan  boleh  digunakan  untuk  mendapat penjelasan lanjut daripada pelajar ialah:

a.         Bolehkah anda tambahkan jawapan anda?
b.         Adakah apa-apa sebab lagi?
c.         Bolehkah gunaka perkataan anda sendiri?
d.         Boleh anda terangkan dengan lebih jelas lagi?

5.         Alih Tumpuan
Kadangkala jawapan pelajar adalah memuaskan tetapi pengajar mahu pelajar mengaitkan jawapannya  kepada topik yang lain. Ini ialah alih tumpuan dan memerlukan pelajar- pelajar memikirkan implikasi-implikasi jawapan mereka dalam konteks yang lebih luas. Contoh-contoh soalan alih tumpuan termasuklah:

a.         Bagaimana ini dapat dikaitkan dengan………………
b.         Boleh anda cari sesuatu yang sama atau satu hubungan antara jawapan anda dan sesuatu yang kita telah pelajari dalam kimia semalam?

6.         Ubah Haluan
Ubah haluan berlaku selepas pelajar menjawab satu soalan pengajar dan kemudian dia menunjukkan soalan yang sama kepada satu atau lebih pelajar secara bergilir. Pengajar boleh mengubah haluan satu soalan dengan hanya memanggil nama seorang pelajar atau Cuma mengangguk kepada pelajar yang lain. Begitu juga, ubah haluan masih terpelihara jika kata-kata seperti:

a.         Adakah lagi yang anda boleh tambah?
b.         Adakah lebih daripada satu contoh? Atau



4


c.         Bolehkah anda terangkan dengan lebih lanjut?
Digunakan, asalkan soalan yang sama dijawab.

7.         Menjemput Bukan-Sukarelawan:
Pelajar-pelajar lebih suka tidak menjawab soalan-soalan dengan sukarela. Dalam ertikata yang lain, dalam kebanyakan bilik darjah ada lebih banyak bukan sukarelawan daripada sukarelawan. Oleh itu pengajar  tidak boleh menganggap bahawa seorang pelajar yang tidak  menjawab dengan sukarela tidak  bolemenjawab atau tidak  mahu  menjawab. Bukan sukarelawan harus dipelawa dan diberi masa untuk  menjawab,  diberi dorongan dan teknik-teknik seterusnya mengikut keadaan.



F) Ofisialisme dalam pengajaran

Sorang pengajar yang baik tidak akan menggunakan satu perkataan dengan berulang- ulang dalam satu sesi pengajaran tanpa tujuan yang pasti. Penggunaan perkataan seperti ok,  ya,  baik,   baiklah,  tayyib,  aaa…”akan  mengganggu  tumpuan  pelajar terhadap  pengajaran  dan  kelancaran  pengajaran  guru.  Pengajaran  yang  baik  perlu menyesuaikan penggunaan perkataan tersebut dengan keperluan pelajar-pelajar.



G) Penggunaan perkataan tergantung

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, terdapat pengajar yang sering menggunakan perkataan tergantung seperti sebagai pelajar kita harus memba, Kita perlu meli. Ini adalah aspek pen.. Ini kurang  sesuai digunakan dalam sesi pengajaran kerana ianya akan menimbulkan  pelbagai  maksud  dan  mungkin  perkataan  yang  berbeza  malah  ianya membuang masa yang diberikan jika ianya terlalu kerap digunakan.




























5